Lilypie First Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

Tidur - Bangun - Tidur



Ibu lupa nak cerita habit Thisya yang agak meletihkan ibu....especially bila time nak tidurkan dia. Thisya kalau nak tidur dah pandai merengek...kalau kita tengan tepuk dia kan saje je dia bunyikan suara dia sebab dia tau kalau dia buat suara, suara dia jadi bergetar..ibu tau sebab bila ibu saja stop tepuk dia pun stop bunyi...ibu sambung tepuk....Thisya pun sambung bunyi... amboi...amboi...pandai mainkan ibu yeeee??

Haaa tu bukan isunya tau....yang meletihkan ibu kan...lately dia sukaaaaaaaaa sangat lawan mata tau! Selalu macam tu...bila dah tepuk-tepuk terlelap je terus dia angkat kepala dia sebab tak mau bagi pejam! Haaaa apa yang dia duk nak tunggu tak tau laa....jadi sekarang lama sikit la nak menepuk punggung montok si kenit ni....memang baby akan ada fasa macam ni eh? ke Thisya ni je terlebih aktif?

Tapi ibu tak jemu :) ...sekarang je ibu ada peluang nak tepuk dan tidurkan Thisya...nanti Thisya dah besar dah tak perlu tepuk-tepuk...nanti ibu mesti rindu time-time macam ni... tsk...tsk... =_=

Diakhiri dengan gambar Thisya tidur...abaikan mulut dia yang kekonon comel tu..hehe








Wednesday, June 29, 2011

Ada style....!

Heh style apa?? Haa sayang ibu ni sekarang dah macam-macam style dia nangis. Nangis mencebek tu mmg dah lama pandai..kalau buat tu macam ye..yeeeee je sedih dia..padahal mak pak ade je kat sebelah dia...manja lah tu! Tak dapat lagi nak snap dia mencebek tu...tapi lebih kurang gini laa...

Gambar dari pakcik Google

Taaapiii sekarang...ada lagi style baru eh...stylo sangat k....Thisya akan menonggeng ala2 sujud tu pastu nangis sembam muka...pastu nangis nyeeeeee mak ai...mendodoi-dodoi...syahdu gitu...ibu tak tau la mana si kecik ni dapat idea gitu...tergelak ibu...

Eh kejam ibu gelak eh walhal anak dok nangis..hehe

Ibu rasa kan...rasa je la...Thisya tak lama dah tu boleh merangkak...sekarang ni pun dok la angkat2 badan...posisi merangkak tu dah byk kali dia buat..cuma tak bergerak je lagi...

Saturday, June 25, 2011

Suntikan 5 bulan

Alhamdulillah...semalam Thisya dah 5bulan...Ibu sayaaaaaaaaaaaaaaaangggg Thisya...

Your the limelight of ibu and appa...ibu dan appa sentiasa doakan yang terbaik untuk Thisya...mudah-mudahan anak ibu dan appa dapat membesar dengan sempurna dari segi rohaniah dan jasmani...amiiin...

Hari ni Thisya ikut ibu pegi opis. Ibu bawak Thisya sebab nak ambil suntikan bulan. Suntikan 3 serangkai yang ke-3. Setiap kali sampai masa untuk ambil suntikan ibu memang akan bawa Thisya pegi keje hari sabtu. Sebab opis ibu jauh kalau nak datang kejap-kejap..kat sini tak payah bayar sebab masuk dalam tanggungan ibu. Company tanggung...Alhamdulillah...rezeki anak ibu.

Jadi hari ni lepas ibu siap-siap, ibu siapkan barang-barang Thisya. Pampers,susu,baju ganti,wet wipes dan air kosong. Lepas tu baru ibu lapkan badan Thisya dengan air panas. Tak payah mandi...hehehe...then ibu pakaikan baju. Masa ibu lapkan badan Thisya lagi Thisya dah bangun..mulut terus tersenyum manis. Kembang hati ibu...macam dating2 ngan appa dulu..ekekekek...tetibe!

Thisya mengayuh kaki laju-laju...excited benor...tau la tu nak berjalan..haish...anak ibu...mmg ikut perangai ibu tang berjalan tu...heheh...

Dalam 7.50am baru keluar dari rumah. Singgah rumah aunty Mas jap..pulang perfume appa yang defect tu. Then terus gerak ke Kajang. Thisya leka main sendiri sepanjang perjalanan...cuma bila dah dekat nak masuk town Kajang je Thisya dah mula merengek nak bangun. Ibu dudukkan dia pulak dalam bakul. So ibu takleh laju sangat...bahaya...

Sampai je spital...ibu register nama Thisya. Patient takda..so terus dapat jumpa doktor. Hari ni Doktor Hisham...yeayyy...ibu suka. Thisya timbang dulu...6.4kg. Doktor cakap ok...pertambahan berat badan dia sekata.





Masa kena suntik pulak ibu tak sempat nak snap gamba..tup2 da suntik. Sebab nurse tolong pegang...so ibu tak perasan...Thisya pulak senyap je...tak bunyi sikit pun...eh tak sakit ke?? Tough anak ibu...bagusla..





Tergolek dok lepas kena suntik kat buntuit..

Next one is for 6month immunisation. Semoga anak ibu dilindungi daripada sebarang penyakit..Amiin.

Friday, June 24, 2011

5 Months!




Alhamdulillah hari ni anak ibu genap 5 bulan...semoga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat serta menjadi anak yang baik dan taat pada ibu bapa, agama dan negara.. :)




AMIIN...



Thursday, June 23, 2011

Saat Boyot 2

Dari Saat Boyot 1....

**Ada skali tu hari jumaat...ibu jalan-jalan kat metro kajang...tiba-tiba ibu rasa xbalance...tapi takda la sampai tumbang...

Ibu rasa tak selesa betul...apa lagi yang ibu nak cek? semua doktor kata ok....**

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasa syak sesuatu yang tak kena bermula masa weekend bila makcik appa, cinnamayi tanya ammayi..

Cinnamayi: Wani tak sihat ke?

Ammayi: Tah la..sihat..penat je agaknye..

Masa ni ibu baru pegi masuk bilik kat rumah baru atey..nak lelapkan mata sebab ibu terlalu mengantuk. Walhalnya bukan buat apa pun...masa tu fikir baru-baru travel hari-hari Klang-Kajang-Klang.

Keesokan harinya atey message ibu kat Gmail chat;

Atey: U ada check ke?

Ibu: Check apa?

Atey: Aiyoo check u preggy ke tak la...

Ibu: Ishh takkan la...(bukan ibu tak nak...tapi banyak faktor yang buat ibu fikir kemungkinan tu belum lagi..)

Atey: Apsal? U tak mau ke?

Ibu: Ishh nak la...napa u cakap ada??

Atey: U nampak xsihat ma..lain macam je I tengok...

Ibu: Nanti la I cek...(nada kurang yakin)

Atey: U pegi bli skrg la...

Ibu: Ishhh ni time keje la...balik nanti I beli...

Atey masih insist supaya ibu beli time luch hour..heheh...xsaba2 atey tau!

Ibu dah bagi tau appa dulu nak beli alat UPT tu.. so malam tu buat test..masa tu tak tau plak the best time is 1 urine in the morning...ibu belasah je buat malam. Sambil tunggu result tu ibu relax2 kat depan ngan appa...ibu ingat lagi time tu rumah hall kosong lagi..perabot belum masuk...hehe...

Tetiba appa tanya...

Appa: Dah buat test belum..?
Ibu: Tengah tunggu result la ni...dia tulis 3-5minit..jap lagi la..
Appa: Gi la tengok...dah lama kan...

Ibu berat kaki...sebab masa tu tak yakin langsung ada rezeki...tapi ibu ke dapur jugak...cek...

Abg!! Positif laa...!!

Sunday, June 19, 2011

Her first lough

Ibu takkan lupa...1st time ibu dengar Thisya gelak mengekek....sambil ibu gelak sambil ibu menahan sebak...terharu....

Masa tu 1st day kita sampai Langkawi...24 Mei 2011..baru je nak pusing cari chalet...appa drive kereta sewa...ibu dukung Thisya...sambil ibu agah-agah Thisya...ibu geletek leher Thisya dengan mulut ibu...tiba-tiba...

ehek...ehek...ehek...! Ohh...comel sangatt...

Appa senyum je....appa concentrate drive...so tak boleh nak tengok2 sangat...appa mmg macam tu..kalau drive betul2 concentrate..

Sekarang Thisya masih gelak satu harkat lagi...susah sket nak dapat dengar dia gelak lebih 1 harkat...hehe...kalau kena gaya baru la dia mengekek panjang..

Saturday, June 18, 2011

Saat Boyot 1

Ibu dah berjanji untuk cuba ceritakan semula saat-saat ibu mengandungkan Thisya kan? So ini adalah entri pertama ibu untuk memulakan cerita ibu dari mula ibu mengandung sampaila Thisya dilahirkan...

Ibu mula duduk serumah dengan appa pada 1/5/2010. Masa tu ammayi dan atei masih duduk sekali..masa ni ibu tak buat kerja rumah langsung...semua ammayi buat...kalau ibu buat keje sikit pun ammayi bising...suruh rehat katanya...sampai ibu naik segan...

Pertengahan bulan 5 ibu rasa tak sedap badan...rasa macam tak balance je badan ni...rasa macam demam pun ada...kepala pusing ada...ibu jumpa doktor...semua ok.Kali ke dua cek pun OK. Tapi ibu still rasa tak sedap badan...ibu pun buat full blood test. Result semua cantik...aduh..pening ibu..apa la tak kena dengan badan ibu...

Ibu perasan berat badan ibu naik...ibu pegi timbang kat klinik....Makkk aiiii!!! 82kg!! Ibu tak penah lebih dr 78 kg...tu pun kira tahap teruk kalau 78kg tu..ibu terus risau...ibu terus kurangkan nasi...control makan. Tapi ibu lagi rasa nak pitam....

Macam mana ni?? Serba-serbi tak kena badan ibu ni....

Appa pulak cakap...badan ibu rasa panas...appa ingat ibu demam...tapi takda...

Ada skali tu hari jumaat...ibu jalan-jalan kat metro kajang...tiba-tiba ibu rasa xbalance...tapi takda la sampai tumbang...

Ibu rasa tak selesa betul...apa lagi yang ibu nak cek? semua doktor kata ok....

Thursday, June 16, 2011

Percubaan hisap puting..

Assalam...

Hari ni (16 Jun 2011) ibu dapat tengok Thisya belajar sesuatu yg baru. Ibu tengah masak...ibu letak Thisya kat bilik kejap sebab ibu nak blend cili. Takut Thisya terkejut. Letak kt bilik tutup pintu. Siap blend ibu bukak pintu bilik balik. Tengok dia leka main so ibu continue masak and biar dia kat katil. Kejap-kejap ibu jenguk bilik, maklumla Thisya sekarang dah lasak. Kejap-kejap kat sudut kiri katil.Kejap-kejap dah kat sudut lain pulak.

Lepas dua tiga kali jenguk tiba-tiba dia tengah hisap puting!!

Eh?? Appa tengok baca paper kat depan...ibu mmg tak bagi dia puting tadi...letak je tepi bantal.. ibu pon bagi tau appa..

"Bang..dia amik puting and hisap sendiri..... !"

Appa muka excited...terus masuk bilik...

Ibu kena sambung masak...

Tau appa buat apa?? Ni appa citer lepas Thisya tido...masa ibu dan appa relax2 tengok tv..

"Tadi abang saja nak tengok mmg dia amik sendiri puting tu ke atau dia just masukkan puting tu guna mulut dia. Abg letak puting tu kt depan muka dia (Thisya meniarap) lepas tu pelan-pelan dia guna tangan kanan dia pegang puting tu...then tangan kiri dia pulak pegang puting..then dia cuba angkat puting tu tapi jatuh..bila jatuh dia menjerit marah...dia cuba lagi....dah nak dapat masuk mulut jatuh lagi...dia jerit lagi...kali ke 3 cubaan baru berjaya..." sambil appa tersenyum bangga... :)

Alhamdulillah....besar sungguh kurniaanmu ya Allah....cepat betul Thisya belajar...kagum ibu degan perkembangan Thisya...

Friday, June 10, 2011

Better late than never....

Bismillahirrohmanirrohim...

Blog ni ibu buat khas untuk anak ibu Thisya Briana. Kalau nak diikutkan memang terlewat..tapi seperti yang ibu letak tak tajuk...biarlah lewat pun...daripada tak ada langsung kan. Rugi besar rasanya kalau tak catitkan perkembangan buah hati ibu dan appa ni. InsyaAllah ibu akan cuba cerita balik dari sejak ibu mengandungkan Thisya sampai la Thisya lahir ke dunia...

InsyaAllah...